Posts

Showing posts from July, 2007

Tinta Penulis

“ Kalau betul-betul minat, teruskan. Jangan buat sekerat jalan.” Atas dorongan dan kata-kata ayah itu saya menyambung semula minat yang tinggi membara untuk menjadi seorang penulis. Tapi iyalah...sekejap semangat saya tinggi menjulang. Sekejap jatuh merudum. Sebagai penulis yang baru berkecimpung dalam bidang ini, saya sememangnya tidak mempunyai pengalaman bagaimana hendak mengikut rentak sebagaimana penulis-penulis yang lebih pengalaman. Namun, kata perangsang ayah dan tekanan bertubi-tubi dari adik, menyebabkan saya meneruskan projek yang seringkali terbengkalai ini. Syukur Alhamdulilah manuskrip pertama saya siap pada bulan Jun 2004. Dengan tajuk asalnya Sehingga Terukir Senyuman, saya benar-benar akrab dengan Adnan Taufik dan Alia. Tiga tahun saya menunggu untuk berkongsi dua insan yang amat bermakna dalam hidup saya dengan anda semua. Dan kini, impian saya menjadi kenyataan. Ya...hidup saya terlalu kaya dengan mimpi dan angan-angan. Terlalu asyik dengan pengharapan tetapi kini s…

KuDamba Bahagia...

Image
Salam....
Untuk pengetahuan semua, novel pertama aku sudah berada di pasaran. Alhamdulillah....syukur aku tak terhingga kerana akhirnya aku dapat juga melihat impian aku menjadi kenyataan. Aku sebenarnya tidak menyangka KDB dah ada di kedai, tapi bila kak ija cakap so...aku memang terujalah....Di Taiping ni masih belum sampai lagi...cewah...cepat saja aku check kat kedai buku popular tuh....dan baru sekejap tadi Lynn Dayana call suruh aku check kat website alaf21...dan memang confirm buku aku ni dah berada di pasaran....so...kepada sesiapa yang sudi membaca KDB...silakan mendapatkan buku ini di pasaran dan kedai2 buku berhampiran anda...murah aje...RM18.

NOVEL AKU...AKHIRNYA...

Image
Salam...

sebelum ni ada aku ceritakan mengenai cover novel aku. Hendak ditunjukkan masa tu tak boleh lagi...iyalah dok ada kat kilang...tup...tup tak jadi cetak ker...apa ke...manalah tau.
semalam editor aku call mengatakan buku aku sudah siapa dicetak dan akan berada di pasaran dalam sehari dua ni. Mengenang itu, aku akan paparkan cover novel aku buat tatapan semua......

PAsiNO n Ziarah Novelis

Image
Masa semakin suntuk...detik yang berlalu tidak akan kembali lagi...sekiranya anda berminat dan belum lagi mendaftar lagi sebagai peserta sila berbuat demikian SEGERA!

Program 1 -
PAsiNo.Program Appresiasi Novel - RAMLEE AWANG MURSHID
Tarikh: 28hb Julai 2007. Tempat: Rumah PENA (JKR 961-7, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur).Berhampiran Dewan Bahasa dan Pustaka. Waktu: 09:30 pagi - 1.00 tengahari.
Program 2 - Ziarah Novelis.
Program Ziarah Novelis Sharifah Abu Salem. Selesai sahaja program PAsiNo, peserta yang berminat akan menuju ke rumah Puan Sharifah Abu Salem, secara berkonvoi.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai - PAsiNoSila emelkan permohonan anda ke - attokz@gmail.com / alaf21fc@yahoo.com. Sertakan nama dan nombor telefon bimbit, dan emelkan ke alamat diatas dengan tajuk - "Join PAsiNo".
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai - Program Ziarah Novelis.Sila emelkan permohonan anda ke - alaf21fc@yahoo.com.
Sertakan nama dan nombor telefon bimbit, dan emelkan ke ala…

lelaki n perempuan

Image
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani Lelaki yang cantik..................... Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan, Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran, Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun, Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada, Adalah lelaki yang baik sangka dan, Adalah lelaki yang tak pernah putus asa. Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi.. Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan, Perempuan yang gagah........... Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan, Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan, Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan, Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, Seluruh kegagahan ini ada …

PAsiNO

PAsiNO : Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid
Sekelian Alaf21 FC serta para pengunjung, dipersilakan hadir ke : PROGRAM APRESIASI NOVELIS (PasiNo) : BACA NASKHAH RAMLEE AWANG MURSHID Tarikh : 28 Julai 2007 (Sabtu) TEMPAT : RUMAH PENA, KUALA LUMPUR(Berhampiran Dewan Bahasa & Pustaka ) MASA : 9.30 pagi SAKSIKAN GAYA TERSENDIRI PEMBACA-PEMBACA NASKHAH, PELUANG BERTEMU DENGAN NOVELIS RAMLEE AWANG MURSHID SERTA PERSEMBAHAN LAGU PUISI
MASUK ADALAH PERCUMA ! Anda juga dialu-alukan untuk turut sama mengambil bahagian. Pada sesiapa yang berminat untuk sama-sama membaca Naskhah Ramlee Awang Murshid, sila hubungi... Sdr Roslan- 013 3019 380, emel : alaf21fc@yahoo.com Sdr Zaiful-012 2488664,emel: attokz@gmail.com Anjuran bersama :Kelab Peminat Novel Alaf21(Alaf21 FC) , ALAF DUA PULUH SATU Sdn. Bhd , Sekretariat Penulis Blog (SPB) serta Persatuan Penulis Malaysia (PENA)

Panas....

Image
Aku rasa nak terbakar jer sekarang ni...panas....makan durian banyak sangat...huaaaa......minum air dalam kulit dia pun tak jalan.....huaaa....Taiping pulak hujan tak turun...huaaa...