Posts

Showing posts from May, 2007

baru aman sikit...

Image
Assalamualaikum,
Hari ini rumah aku tenang-setenangnya. Tiada lagi bunyi tangisan bayi dan kanak-kanak. tiada lagi jeritan yang menyuruh adik aku jangan mengusik anak saudaranya lagi. tiada lagi rumah yang asyik bersepah macam tongkang pecah.Hari ini aku n adik aku boleh rehat sedikit. hihihi..sebab apa? Sebab Mak aku bersama kakak n anak2 dia n 2 baby kat umah pergi ke rumah kakak aku di Tg. Malim. Yang tinggal sekarang hanya aku n adik kedua bongsu aku. Aku of courselah tak boleh ikut sebab kerja...n adik aku pula memang bab berjalan2 ni malas sket...lagipun dia mesti tak kuasa nak ikut sebab aku tak ada...hihihiih...Aku pun tak kisah mak aku nak bertukar angin. walaupun sepatutnya kena pantang dalam masa 4 bulan tapi tak kisahlah...mak aku bukannya pergi berhibur atau apa-apa.mana mak pergi tak pernah berseorangan. anak-anak akan ikut dia. dan tadi, mak beria-ia tanya aku dan adik, boleh ke duduk sendirian berdua? Aku seperti biasa hanya mengangguk. lagipun bukannya aku tak biasa ti…

musim sibuk dah lepas

Assalamualaikum, Fuh...minggu busy telah berlalu. Dalam masa minggu aku sibuk memastikan program galakguna perpustakaan aku berjalan dengan lancar. Akhirnya hari khamis lepas, pertandingan tulisan Khat melibatkan para pelajar sekolah agama Al-hidayah selesai.Dan selepas itu pertandingan bercerita B. melayu dan B. Inggeris yang juga melibatkan kategori yang sama turut berjalan dengan lancar. Fuh..memang gila aku kerana membuat pertandingan dengan jarak masa yang begitu dekat namun usaha aku turun naik sekolah untuk cari peserta berbaloi jugalah. Sepanjang minggu juga aku sibuk membuat pembetulan pada manuskrip yang siap disemak oleh editor. Tidaklah banyak sangat tapi tuntutan tugas turut membuatkan aku agak kelam kabut sedikit. editor beri aku masa seminggu dan Alhamdulillah, manuskrip dah selamat aku pos Jumaat lalu. apa pula proses lepas ni?...aku tak tahu...hihihi...tapi sebelum tu editor call untuk beritahu apa nama yang bakal aku gunakan sebagai novelis nanti. tajuk buku juga sudah…

ughhhhhh...kena kejar.....

Image
Salam...
Minta Maaf, saya agak sibuk sepanjang minggu ini. Justeru, saya tidak mampu untuk menulis n3. Insyaallah. minggu depan, saya akan kembali semula...saya tengah dalam perjuangan untuk mencapai impian...Berbeza dengan pic di atas...saya tidak menggunakan sebarang senjata merbahaya...cuma sebatang pensil dan kertas...

Untuk Pendidik

SELAMAT HARI GURU…

Jika hari ini seorang Perdana Menteri Berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Petikan dari sajak Guru O Guru – Sasterawan Negara Usman Awang

Rahsia Jodoh - Kahlil Gibran

Penyajak, pujangga hebat, Ahli Falsafah, penulis dan pelukis Khalil Gibran dilahirkan di Bsharri, Lebanon pada tahun 1883. Beliau meninggal dunia pada tahun 1931 dengan meninggalkan karya-karya hebat yang sehingga kini menjadi sumber inspirasi kepada semua insan yang menyanjung tinggi hasil karyanya. Berikut merupakan beberapa madah ataupun mutiara kata yang dihasilkan oleh beliau dalam menerangkan apa makna jodoh itu sendiri.
Berpasangan engkau telah diciptakan Dan selamanya engkau akan berpasangan Bergandengan tanganlah dikau Hingga sayap-sayap panjang nan lebar lebur dalam nyala Dalam ikatan agung menyatu kalian
Saling menataplah dalam keharmonisan Dan bukanlah hanya saling menatap ke depan Tapi bagaimana melangkah ke tujuan semula
Berpasangan engkau dalam mengurai kebersamaan Kerana tidak ada yang benar-benar mampu hidup bersendirian Bahkan keindahan syurga tak mampu menghapus kesepian Adam Berpasangan engkau dalam menghimpun rahmat Tuhan Ya, bahkan bersama pula dalam menikmatinya Ker…

malas yang tak malas

Assalamualaikum... Aku ni terkena jangkitan minggu malas sedunia dari Kak Lily Haslina. Bukan apa terasa malas pula nak mencoret walau sebaris ayat. Nak kata aku dok pulun buku cerita yang aku beli tak pula. Yang dok tak berenti pegang buku kat tangan, adik aku. Aku...hanya menghabiskan cerita SUUN - Surat Ungu Untuk Nuha. Selepas tu rehat jap dan layan cd Green Rose. Kesimpulannya, aku amat-amat berpuas hati dengan apa yang akubeli. Rasanya tak rugi aku gamble beli cd yang berjaya memikat hati aku dengan ostnya. Bukannya aku tak excited nak membaca tetapi biasanya setiap tindakan aku ni sangat2 dipengaruhi oleh mood aku. So...buat masa ni mood aku kata jangan baca lagi...so..aku simpan dulu sehingga dapat feel. Dalam otak aku ni masih terbayang2 watak n wajah si Alang Rebus Tak Empuk ( hero suun) dan Go su (hero GR) so tak dapat nak concentrate dengan bakal hero2 pujaan aku dalam nvl lain...hihihiih. Tadi editor call cakap dia dah habis edit nvl aku. Ada perubahan yang perlu aku lakuka…

bahana pesta buku

Image
Ini merupakan buku-buku yang sempat aku capai masa aku pergi ke pesta buku 1 Mei lalu. Itupun sebab bajet tak cukup...kalau tak...mahu banyak lagi yang aku borong. hihihihi...Telah aku katakan aku memang seperti lupa diri bila tengok buku yang banyak-banyak ni...bak kata beribu-ribu lemon jitu. Tapi atas renungan tajam adik aku...aku tahan jugak...manalah tau..dok asyik berbelanja sampai duit tambang balik ke Taiping pun aku sapu....tu dia baru...
Namun semalam semasa menunggu masa untuk menaiki bas, aku berjalan dengan adik ke kota raya. Dalam hati biasalah...nak menjenguk2...mengintai2...menatap2 vcd citer korea yang belum lagi aku beli. Aku memang tidak berniat untuk membeli. Kalau ada pun mungkin mahu survey harga. Tapi telah aku katakan, aku memang giler bab membeli buku dan cd ni so...bila mata aku terpandang vcd citer yang aku teringin tengok aku dah macam cacing kepanasan. Adik aku kata jangan beli...kita tengok dulu. nanti2 kita belilah...hang ni semuanya nak beli..." itu…