Wednesday, March 14, 2007

tagged lagi

Salam semua...

Hmmm..entah mengapa malam ni rajin pula aku mencatat sesuatu dalam blog. mungkin sebab dah lama tinggal menyebabkan aku hendak melepaskan gian. hehehhe. Aku kena tagged lagi..hmmm..kali ni novelis Umi Azrini pula yang tagged.
hihihihi...ok 6 perkara pelik tentang aku ialah...

1. Sebelum keluar rumah aku mesti mandi dahulu walaupun aku baru lepas mandi. Aku tak suka bersiap dalam keadaan panas dan berpeluh2, sebab itu mandi adalah cara yang paling mujarab.
2. Aku tak berapa suka shopping melainkan buku, majalah atau cd termasuk dalam senarai destinasi. Kalau pasal benda bertiga ni, bila-bila masa saja aku on aja.
3. Sebelum aku buka laptop atau hendak mula menulis, aku mesti mandi dulu.
4. Aku suka minum nescafe susu tapi tidak boleh sentuh nescafe o. aku boleh sakit kepala satu hari.
5. Kalau naik bas atau ketapi aku suka lelapkan mata walaupun tak ngantuk. kdg2 perjalanan baru bermula, kdg2 tak sempat keluar dari stesen aku dah pejam.antara sebab, aku tak suka berbual langsung dalam bas.
6. Aku tak boleh membaca, menaip sms, atau segalanya yang menyebabkan kepala aku banyak bergerak dalam kenderaan yg sedang bergerak. Sebab tu orang akan melihat aku memegang buku tapi tidak membaca. kecuali kenderaan itu berhenti dan aku akan menyambung pembacaan.
Itulah aku rasa yang agak pelik tentang aku. walaupun mungkin tidak berapa pelik, tapi itulah yang boleh aku fikir buat masa ini. so, kepada umi, harap puas hati ya...

Aku kembali...

Assalamualaikum,
Agak lama aku menyepikan diri dari dunia blog. Bagi mereka yang tahu kenapa, mungkin tidak merasa hairan dan mungkin memahami apa yang telah berlaku dalam hidup aku dalam 3 minggu ini. Perkembangan aku sepanjang masa menyepikan diri? Ayah masuk hospital kembali, tetapi sudah dipindahkan kembali ke Hospital Taiping. Beberapa hari lepas, perut ayah membengkak, terutama di bahagian perut yang telah dibedah. Apa yang pasti, bekas jahitan itu semakin bengkak dan bernanah di dalam. Kami buat keputusan untuk menghantar ayah ke Hospital kembali. Malam itu ambulans datang membawa ayah. Aku ikut sama sementara emak mengekori dengan kereta. waktu itu jam menunjukkan pukul 10 malam. Setelah berada di wad kecemasan selama 1 jam setengah, ayah dipindahkan ke wad. Waktu ini, bengkak diperut ayah sudah pecah dan doktor terpaksa melakukan minor surgery malam itu juga. Aku merasa lega. sekurang-kurangnya mereka berbuat sesuatu. Tidak seperti sebelum ini, bila ayah dimasukkan ke wad, balik-balik mereka berkata " Kami tak boleh buat apa-apa. Ayah awak dah tenat. boleh bagi ubat sahajalah." Dan itu yang mereka lakukan. Balik-balik mereka akan menyuruh ayah mengambil syrup morfin untuk menahan sakit.
Malam itu aku jaga ayah. pukul 2 pagi, Kakitangan datang buat x-ray. keesokkan harinya ayah menjalani ultra sound. sekarang ini, semenjak bengkak perut ayah nak pecah, ayah tidak lagi mengadu sakit perut. Ayah sudah boleh tidur lena walaupun ada ketikanya ayah mengaduh lemah-lemah dan lenguh badan. Iyalah, semenjak 2 minggu lepas, ayah hanya berbaring, dan hanya bangun untuk mandi sahaja.
Aku lega, sekurang-kurangnya, doktor mengambil tindakan dalam kes ayah aku ini. sekurang-kurangnya mereka menunjukkan usaha mahu menolong ayah melawan sakitnya. sekurang-kurangnya kami tidak lagi mendengar kata-kata yang mendukacitakan.
Benar kata kawan-kawan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah beri ujian untuk kami sekeluarga, namun pada masa yang sama Allah berikan rahmatNYA. Masih ingat dengan Interview aku tempoh hari? Belum ada, keputusan muktamad tetapi Insyaallah aku berjaya. Tidak sangka bukan. Mungkin tangisan aku yang melembutkan hati panel2 semua.

Sunday, March 04, 2007

utk sapa yg suka lagu ni

Hero
There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt Will disappear
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone Tear them away
Hold on There will be tomorrow
In time You'll find the way
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

Friday, March 02, 2007

tentang aku...



Assalamulaikum,
Aku sudah kembali ke rumah. Ayah juga sudah kembali ke rumah. Malah seluruh adik beradik aku juga kembali berhimpun di rumah. Dalam beberapa hari ini, hidup aku umpama menaiki roller coaster. Cukup meresahkan. cukup menakutkan. jiwa aku jadi kacau. Hati aku terasa seperti dicarik dan dilapah-lapah.
Hari Rabu, ayah dipindahkan ke Hospital Lumut. Ini semua atas cadangan dari kawan2 ayah. sebenarnya semenjak ayah dimasukkan ke hospital, aku telah mendengar saranan ini berkali-kali. semua yang datang melawat menasihatkan kami adik beradik membawa ayah ke HL.
Semua memberikan jaminan bahawa HL adalah yang terbaik. dengan keadaan pesakit yang agak terhad, doktor mampu memberikan sepenuh tumpuan pada ayah. Seperti kata mereka juga, kalau boleh minta pendapat dari banyak pakar. kemungkinan ayah ada harapan untuk sembuh. tidak salah kita berusaha. dan atas dasar itu, kami sepakat membawa ayah ke sana.
ayah bekas pesara tentera. jadi tiada masalah pihak di sana menerima kedatangan ayah. Mak dengan adik bongsu ikut dahulu dengan ambulans. aku dan kakak menunggu adik dari Penang dan kami bertolak dalam pukul 11 malam dan tiba jam 2 pagi. Dan aku pula, sepatutnya menghadiri temuduga di Ipoh pada jam 9.
Mujur juga pihak tentera menyediakan penginapan untuk kami buat sementara. tetapi malang untuk 2 orang adik lelaki aku kerana tempat transit itu hanya untuk perempuan sahaja. jadi, mereka terpaksa tidur di hospital.
Dalam keadaan terdesak, kami tidak boleh komplain. kami tidak boleh menjadi orang yang tidak tahu bersyukur walaupun tempat yang disediakan itu sangat teruk, seperti rumah tinggal sahaja ( ahh..aku tak sanggup nak cerita), tapi dalam jam 2 pagi itu, kami tiada pilihan.
adik yang baru tiba dari penang dan terpaksa memandu selama 3 jam ke lumut terpaksa tidur duduk di kerusi keras. dan adik ini juga yang terpaksa memandu aku ke Ipoh dengan menempuh perjalanan selama 2 jam lebih.
Aku bangun tidur dalam keadaan bingung. kalau ikutkan malas aku nak pergi interview. tapi ayah kerap bertanya. walaupun dalam sakit, ayah masih mengambil berat. walaupun bukan untuk aku, aku harus melakukannya untuk ayah.
Hari khamis jam 7.00, aku keluar menjemput adik dan kami berdua bertolak ke Ipoh. mengikut jadual aku akan dinterview pada jam 9 tetapi 8.45 aku masih di atas jalan raya. Aku call pihak sana untuk memaklumkan situasi aku. nasib baik mereka terima. dugaan tiba lagi bila kami sesat dalam bandar Ipoh selama hampir 1 jam 15 minit. Aku pun tak tahu apa yang berlaku. mata aku seolah-olah ditutup sampai tak nampak jalan walaupun dah berkali-kali aku ke tempat yang sama. Hanya ALLAH yang tahu perasaan aku masa itu. aku dah give up. aku jadi pendek akal, sampai tak boleh nak fikir. adik aku pun macam blur. dia pernah kerja di Ipoh. tetapi kenapa sampai boleh tak nampak jalan? bila tanya orang tunjukkan arah, kami masih tak jumpa. di hujung mulut nak aje aku ajak adik balik. aku malas nak pergi dah. nak jadi apa. jadilah, aku dah tak peduli.
entah mengapa, aku terdetik nak mengupah teksi supaya membawa aku ke sana. tidak sampai 5 minit aki tiba di destinasi. Hmmmm...Dalam hati terdetik juga, apa dosa aku sampai Tuhan uji aku begini sekali.
Oleh kerana aku lewat, aku terpaksa menunggu sehingga akhir. sepatutnya aku orang ke 4 tetapi sekarang aku terpaksa menunggu 14 orang selesai. aku tak prepare langsung untuk interview ni. aku pakai gamble saja. dapat jawab, aku jawab. tak dapat, aku diam. setelah menunggu hampir 2 jam setengah, giliran aku sampai.
Soalan pertama, ( aku dah agak akan ditanya soalan ini); kenapa lambat. Aku berilah alasan aku, sampai temasuk sekali cerita ayah di hospital. Walaupun aku tak prepare, nasib baik soalannya banyak bersangkut paut dengan tugas aku. kut2 dia tanya siapa ADUN taiping ke...siapa exco pendidikan perak ke, hmmmmmmmmmm....
tiba2 masuk bab ayah aku. depa ni berminat nak tahu tentang ayah. macam2 depa tanya. aku pada mulanya ok..tetapi lama kelamaan aku jadi sebak. aku jadi bisu sekejap. bibir aku mula bergetar tapi tak ada perkataan yang keluar. Aku mahu terus bercakap tetapi dada aku terasa sakit. rasa pilu semakin menghimpit jiwa aku. tak disangka, aku menangis depan panel. aku bukan setakat mengalirkan air mata, tetapi siap sekali dengan esakan dan sedu sedannya. semua panel tergamam melihat aku menangis sampai minta maaf sebab timbulkan pasal ayah. bayangkan!
Dalam hati, aku berkata, akhirnya...akhirnya segala perasaan yang bercampur aduk, segala kebimbangan, segala keresahan, kesedihan dan kekecewaan aku meletus juga. setelah lama bertahan aku tewas dengan perasaan sendiri. Aku akui, aku hanya insan yang lemah. kadang kala aku tak tahan diuji. ada kalanya aku lemah dalam mengawal perasaan sendiri. adakalanya, aku rasa aku tidak cukup kuat untuk hadapi semua ini.
Aku perlu bangkit, kuatkan semangat. Ayah masih ada. walaupun lemah tapi ayah masih bernafas lagi. Itu yang lebih penting. derita yang ayah tanggung lebih hebat, siapa aku untuk mengeluh dan putus asa?