Wednesday, January 31, 2007

minah rempit....aku?

Tadi semasa aku keluar beli makanan untuk lunch, sekumpulan budak sekolah tengah melintas jalan. Rasanya sekumpulan tak sesuai, tetapi lebih kepada segerombolan, seangkatan, kerana jumlahnya memang ramai. Aku pun tak tahu apa yang mereka buat ditepi jalan tu.
Nak kata, cikgu nak beri tunjuk ajar melintas jalan, rasanya bukan kot. salah satu sebabnya, anak2 murid tu ada yg lebih tinggi dari cikgu depa sendiri. lagipun semua tu bebudak sekolah menengah. kalau tak reti nak melintas jalan sendiri, hmmm tak tahu nak kata apa dah...
Aku pulak, bila dah merapati bebudak tu, maka aku pun perlahankan motor. mana tahu terlanggar anak orang, susah pulak. tgh aku dok slow motion tu terdengar bebudak tu kata " kak buat wheely kak....akak buat aksi superman kak. kami nak tengok.."
haha..apa kejadahnya (meniru kata2 wan din) aku nak buat wheely dan aksi superman. diaorang tak nampak ke aku ni begitu anggun berbaju kurung? muka aku ni ada iras muka2 minah rempit ker? ish...ada ka patut. nasib baik aku tak buat aksi wolverine. kalau tak ada la anak bujang orang tercalar sana sini...
Bercakap mengenai wolverine, nanti aku nak tulis n3 tentang lelaki mutan kesukaan aku ini.hihihiihi......

Tuesday, January 30, 2007

mutiara kata sasterawan negara


Mutiara kata merupakan “ kata-kata yang terbaik, disusun dalam ayat yang terbaik, untuk melahirkan pemikiran yang terbaik. Dengan kata yang mudah, “ mutiara kata ialah kata-kata atau ungkapan yang indah dan berkesan dalam sesebuah karya.”


Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan: hilang atau terbilang.
Memang dunia ini panggung wayang yang besar. Nanti kita akan melihat cerita-cerita yang tidak pernah masuk akal akan dimainkan orang- KERIS MAS


Malu pada diri sendiri lebih hebat dari malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat.
…Bila perut dan nafsu dan akal naik minyak, hati jadi kosong. Bila hati kosong, kosonglah semua – SHAHNON AHMAD

Pahlawan yang sebenarnya pahlawan berpayung di bawah kebenaran meski di mana; sebab kebenaran itu sendiri adalah pahlawan sejati yang terletak di tempatnya paling atas.
Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksaan peraturan-peraturan – USMAN AWANG.


.... Penderitaan menjadi guru yang paling mujarab mengajar manusia untuk sedar dan berusaha. Kanan atau kiri tak jadi soal. Yang jadi soal ialah perjuangan untuk rakyat jelata. Kiri pun perjuangan dan kanan pun perjuangan – A. SAMAD SAID


...Perjuangan tidak pernah terlambat. Kita boleh mulai lagi di mana saja.
Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut. Ertinya berfikir sepuluh kali, berbuat sepuluh kali tapi bercakap sekali sahaja – ARENA WATI

Yang kami perlukan, Kata benar bukan cerita besar.
Bahasa membina dunia
Menyusun diri
dan memberi layangan pengalaman – MUHAMMAD HAJI SALLEH


...Maruah diri itu lebih bernilai daripada emas sebungkal...
Sejarah telah menunjukkan, ada bangsa yang hapus terus di muka bumi ini...kerana bangsa itu tidak ada ketahanan yang kukuh atau telah rosak jiwanya – NOORDIN HASSAN

Dengan ilmu kita dapat mengenali diri, kita ini siapa dan mahu pergi ke mana sesudah ini.
....Menimbulkan kesukaran kepada orang lain adalah dosa. Satu perbuatan yang ALLAH benci – ABDULLAH HUSAIN


Dipetik dari buku
Mutiara kata Sasterawan Negara
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monday, January 29, 2007

aku suka dia












Siapa suka dengar lagu2 sepanyol? Tak kiralah, shakira ke, ricky martin ke,alejandro sanz ke, chayyene ke? Kalau anda minat, tandanya kita sekepala...hihihih...
Aku nak kenalkan satu nama baru....baru tak baru pun dia ni dalam 5-6 tahun jugaklah dah terkenal, tetapi dalam pasaran Malaysia ni mungkin korang tak pernah dengar nama dia. DAVID BISBAL. kenalkah korang dengan nama ni? Kenal...ok...kalau tak? kesian korang...hihihi..
Aku pun tak tahu mcm mana sebenarnya minat aku menjadi2 dengan lagu latin ni. padahal yang belajar dan mengajar bahasa sepanyol ni kakak aku. gamaknya aku berjangkit daripada dia. semenjak tu aku kumpul kaset ricky martin, cd sons by four ( yg terkenal dengan lagu citer mis tress hermanas tu) dan David bisbal.
Sebenarnya kalau korang nak tau, si david ni juga berasal dari rancangan realiti. ala ala2 akademi fantasia tu. tapi di spain dipanggil operation triunfo. masa kakak aku di sana, tulah keje dia. dok gila tgk rancangan tu. yerlah...nak keluar berjalan pun, dialah satu2nya perempuan dan manusia melayu di santiago tu...so, terperap dalam bilik sajalah.
Masa dia balik raya, dia ada bawak beberapa cd peserta2 operation triunfo ni. dia kata " cuba hang dgr semua lagu yg david bisbal nyanyi...best sangat. aku pun cubalah dengar walaupun sepatah haram pun aku tak faham. dan bermula dari detik itu, aku menjadi peminat setia david bisbal.
sayangnya, albumnya tidak dipasarkan di sini, walaupun di sepanyol dia merupakan artis yang terkenal sekali. dia juga pernah memenangi album latin terbaik bg newcomer dlm anugerah grammy award beberapa tahun yg lalu.
Bila kakak aku balik dari spain, album si david ni tak keluar lagi. yg ada pun dia nyanyi lagu orang lain. So, tak berpeluanglah aku n kakak nak dapatkan lagu dia.
bulan 5, tahun lepas, kakak aku p london. aku siap pesan, walau apa pun yg berlaku, hang wajib bawak balik cd dia. fuh nasib baik kat london ada. agak mahal 12 pound, tapi kakak aku tak fikir panjang, terus sambar jer....
Kalau korang berpeluang dengar lagu esta ausencia, camina y ven, condenado A tu Amor, permiate senora dan banyak lagi, korang akan faham kegilaan aku ni...hihihi

p/s -lagipun david ni cuteeeeeeeeee sangat dengan rambut kerinting dia...ahaks...

Sunday, January 28, 2007

cuti2 dlm umah

Hari minggu...selalunya aku habiskan di rumah sahaja. Kalau tak hari minggu pun aku lebih senang lepak di rumah. ntahlah sejak dahulu lagi aku ni bukannya kaki jalan, tapi kalau dah ada niat nak berjalan, payah aku nak balik awal....masa aku di rumah selalunya dihabiskan dgn baca buku, bukak laptop n menulis, tgk tv dan tido....kecuali kalau ada hal baru aku keluar....bukan aku seorang, tetapi adik beradik perempuan aku semuanya perangai yg serupa. ayah aku suka je. tak payah risau anak dara dia merayap tak tentu hala.
Berjalan dengan aku tak susah. Asal desnitasi tu ada melibatkan kedai buku, kedai cd, kedai makan ...hihihi aku ok jer.
Masa belajar dulu tempat favourite aku, kedai buku kat central market. siapa yang selalu ke sana pasti tahu kedai yg aku maksudkan ini. aku pernah menghabiskan masa 3 jam di kedai tu. biasalah, ruang yg sempit dengan buku yg bertingkat2. pening kepala aku setiap kali masuk ke sana, tetapi bila ke kl, destinasi itulah yang aku tuju dahulu. 2 buku yang aku beli tu dah habis di baca, dan sekarang aku tengah bosan tahap cipan sebab tak ada benda nak baca lagi. Oops..ada 2 buah buku lagi, tapi aku tak ada mood sekarang ni...inipun aku main pakai taip je apa yg aku nak tulis. oklah...selamat berhujung minggu untuk semua.....

Friday, January 26, 2007

untuk OPAH DE jugak

Aku masih terkejut bila membuka blog opah de. dia tujukan lagu I believe in you nyanyian IL DIVO dan CELINE DION utk aku dan abang long....ada 2 sebab rasanya. antaranya ialah aku ni hantu IL DIVO manakala abang long belum pernah mendengar lagu nyanyian mereka. Yang kelakarnya, aku baru terfikir untuk meletakkan salah satu lagu dalam blog aku..tup tup opah de buat dulu...hihihi..walau apapun aku nak tujukan kembali lagu ini pada OPaH DE...
p/s - Opah, nak tujukan lagu ISABEL tapi tak berjaya ler....
I Believe In You Il Divo

Lonely The path you have chosen
A restless road
No turning back
One day you Will find you light again
Don't you know Don't let go Be strong
Follow you heart
Let you love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe, I believe, I believe In you
Follow your dreams
Be yourself, an angel of kindness
There's nothing that you can not do
I believe, I believe, I believe In you.
Tout seul Tu t'en iras tout seul
Coeur ouvert A L'univers Poursuis
ta quete Sans regarder derriére
N'attends pas Que le jour Se léve
Suis ton étoile Va jusqu'ou ton reve t'emporte
Un jour tu le toucheras
Si tu croix si tu croix si tu croix
En toi Suis la lumiére N'eneins pas la flamme que tu portes
Au fonds de toi souviens-toi
Que je croix que je croix que je croix Que je croix En toi
Someday I'll find you
Someday you'll find me to
And when I hold you close
I'll know that is true
Follow your heart Let you love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe, I believe, I believe in you
Follow your dreams Be yourself, an angel of kindness
There's nothing that you can not do
I believe, I believe, I believe In you.

Thursday, January 25, 2007

buku n cd












Assalamualaikum,
Aku tahu aku tidak menulis sebarang n3 dalam beberapa hari ini. Tiada alasan yang dapat aku berikan kecuali aku telah diserang satu penyakit...iaitu penyakit MALAS. Bukannya tiada benda yang hendak aku tuliskan, namun setiap kali aku membuka blog untuk postkan n3 baru, aku tutup semula. Aku kehabisan mood untuk bercerita. hahha..sampaikan abang long pun dah tegur...
Kemalasan aku juga adalah disebabkan aku bertungkus lumus untuk menghabiskan 2 buah buku yang aku beli di KINOKUNIYA klcc hari sabtu yang lepas. Sebenarnya dah lama aku mengidam nak baca buku ni tetapi bila sampai kat Kino mesti tak ada. dahlah sekarang ni kekerapan aku untuk turun ke KL amat jarang. kecuali kalau ada perjumpaan kelab ALAF 21 fc, Aku akan cuba untuk turun. Kira dah dapat apa yang aku hendak, maka terabailah sekejap blog ini. semalam baru aku habiskan sebuah. ada sebuah lagi menanti. Aku menunggu buku CINTA SANG RATU. Sudah keluar di pasaran. tetapi aku tahu untuk sampai ke Taiping ni mungkin lewat sedikit.
Aku juga sempat membeli cd IL Divo -ANCORA. aku mencari latest albumnya iaitu ANCORA SIEMPRE tapi habis lah pulak. tak apalah...gaji nanti aku nak cari lagi cd diaorang ni. fuh...memang mengancam. meremang seluruh badan bila mendengar lagu depa...terutamanya lagu ISABEL...
Urs, Carlos, Sebastian dan David bukan sekadar lelaki-lelaki tampan yang bergaya seperti model GQ. Memang mereka ada rupa, body yang mengancam..hihhi tapi mereka juga mempunyai suara yang amat2 power....tahniahlah kepada simon cowell kerana berjaya mengcungkil bakat mereka walaupun sebelum inipun mereka terkenal di negara masing2. Aku sekarang ni tak adalah lagu lain yang aku dengar kecuali cd depa. balik rumah pasang lagu. dekat office aku pasang, dalam kereta pun aku pasang sampai ayah aku tegur...dah tak ada lagu lain ke nak dengar?
hahah..begitulah demam aku pada IL DIVO...lelaki2 tampan yang kerap menganggu lenaku...ahaks...

Friday, January 19, 2007

TAHUN BARU

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG BERADA DI MUKA BUMI INI, AKU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 20 JANUARI 2007 BERSAMAAN 1 MUHARAM 1428
Justeru itu marilah kita membaca doa ini dan semoga kedatangan tahun baru bisa menjadikan kita sebagai insan yang baik dari segenap segi...
Doa akhir dan awal tahun
DOA akhir tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
*Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami. Malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka, kami sekelian memohon keampunan Mu, ya Allah, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan dijanjikan ganjaran pahalanya.
Maka, kami memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
*Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga serta sahabat Baginda sekelian.
Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, kami bermohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekelian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu, ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Wednesday, January 17, 2007

tak sabar....

Assalammualaikum,
Masuk hari ni, bermakna ada lagi 2 hari lagi sebelum aku berjumpa dengan rakan-rakan dari ALAF 21FC. ternyata plan yang dirancang semenjak 2006, ini bakal terlaksana. aku excited sangat nak berjumpa dengan teman-teman pecinta novel( hehehe bukan pecinta wanita ya) semua.
Sebelum 2 ada dua program sebelum ini yang aku tidak dapat hadir. dan aku sememangnya frust sangat kerana program yang aku ketinggalan itu best-best belaka. satunya, ialah pelancaran novel novelis Norzailina Nordin dan keduanya program ngeteh bersama novelis 3 sekawan tu....ala si bikash, aleeya dan shanika. frust tahap cipan jugalah aku tak dapat pergi. walaupun macam tu, aku tumpang gembiralah keseronokan abang long, mersik, li hoon, muna, ija yang sama2 dapat hadir pada waktu tersebut.
Seperti biasa, perjumpaan kami ni akan diadakan di food court kl sentral. ya, memang mengimbas kenangan. pertemuan pertama kami juga di adakan di sini. waktu itu hanya 15 oang sahaja yang hadir, walaupun di luar sana amat berminat tetapi mungkin segan nak datang. alahaii...harap2 kali ini, akan ramailah hendaknya.

Monday, January 15, 2007

lega....

Hmmm...nasib baik. wayar talian internet aku masih boleh digunakan. 2 hari lepas, anak saudara aku merentap wayar sampai terputus. menggelegak darah aku sekejap. dia boleh buat muka selamba, lepas tu ketawa. nak marah pun tak jadi. sabar jerla. nasib baik aku call tm pagi tadi. n dalam masa 2 jam depa dah sampai rumah untuk repair. fuh lega... tak ada la aku rasa macam something wrong pulak bila tak dpt online.
Lagi satu berita gembira, CINTA SANG RATU, dengar-dengarnya nak keluar. dah lama aku menanti cerita sambungan Bagaikan puteri ini. dahulu dengarnya akan keluar bulan 12, tapi atas sebab tertentu, tak jadi pula. tetapi, walau apa pun, tak sabar aku nak memegang naskah terbaru RAMLEE AWANG MURSHID ni.
Alaf 21 juga ada membuat kuiz mengenai novel2 Ramlee dan pemenangnya akan mendapat NOVEL CSR ini. haha...aku nak masuk...aku nak masuk jugak. walaupun tak pernah menang pun, aku nak masuk jugak...hihihihi....

Thursday, January 11, 2007

15 rahsia senyum & tawa



(PENAWAR PENYAKIT)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu
sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang
sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawatentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum'
yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula
hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada
masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang
mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu,
apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan
dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang
dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan
California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan
stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik.
Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai
eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan
akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri
mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada
penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah
lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan
keterlaluan plak. cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006

nota

Hari-hari yang sibuk lagi memenatkan. akan cuba update blog secepat mungkin....bila masa dapat diluangkan untuk menjenguk alam maya...

Friday, January 05, 2007

apa nak jadi..

Berita yang dipaparkan di Suratkhabar hari ini begitu mengusarkan;

1. Cuaca dunia paling panas tahun ini,
2. Musim tengkujuh akan lebih kerap berlaku di Malaysia - lebih sekali dalam setahun,
3. Klang, pekan, Miri akan lenyap 50 tahun lagi.


Memang benarlah, Dunia kini bertambah uzur....

Thursday, January 04, 2007

azam tahun baru

Azam baru aku tahun ni

1. Menjadi lebih disiplin dalam menguruskan masa. Tuhan bagi 24 jam sehari, tolak tidur 8 jam. tolak kerja 8 jam, bakinya 8 jam lagi. aku peruntukan 2 jam untuk membuat kerja rumah setiap hari. tinggal 6 jam untuk menguruskan hal-hal peribadi aku. tetapi 6 jam itu sentiasa tiada untuk aku. ke mana menghilangnya aku tak tahu. Kalau aku benar2 menggunakan masa dengan bijak, aku pasti hidup aku lebih terurus dan berjaya sekali. ini tidak, aku memang terer dalam membazirkan masa.
2. Memastikan novel aku berjaya diterbitkan dalam tahun ini. melihat beberapa orang teman memegang naskah novel sendiri benar2 membakar semangat aku. dan ini membuatkan aku menyedari yang aku tidak boleh begantung kepada orang lain. aku perlu bijak membuat keputusan. aku akan memberi masa 4 bulan pertama, kalau tidak aku akan memulakan langkah lain. langkah yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini.
3. Memastikan manuskrip kedua aku siap dalam bulan Feb.
4. Aku perlu menulis setiap hari. biarpun tiada idea, biarpun aku terlalu penat. at least 2 ms perlu dapat.
5. Boleh memandu kereta dengan cekap. tidak lagi terhegeh2 macam sekarang ni.hihihihi
6. Memastikan azam aku dari 1 - 5 dapat dipenuhi.
Yang lain? aku akan fikirkan nanti. kalau banyak sangat azam, takut tak mampu nak buat kesemuanya.

Tuesday, January 02, 2007

teringat dulu-dulu

LEPEH!!!
Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Tahukah anda maknanya? Kalau anda berasal dari semenanjung, mungkin anda akan mengelengkan kepala. Sama seperti aku mula-mula mendengar nama ini. Dan lebih teruk lagi nama itu adalah gelaran yang diberikan oleh teman sekolah kepada aku dan rakan2. Pertama kali digelar begitu, aku hanya tersenyum sambil mengerutkan dahi. dalam hati berkocak-kocak ingin tahu kenapa aku dipanggil sedemikian dan apa maknanya. Namun, bila ditanya, mereka hanya ketawa. entah di mana yang lucunya aku sendiri tak tahu. Tetapi semenjak aku bersama 2, 3 orang teman mendapat gelaran itu, satu sekolah memanggil kami nama yang sama.
Sekiranya anda orang Sarawak, anda mungkin tahu apa yang aku cakapkan ini. dan anda pasti korang tahu kenapa aku pernah digelar LEPEH. Aku pernah tinggal di bumi Borneo itu selama 3 tahun. dari darjah 6 hingga tingkatan 2. Semasa di sekolah menengah aku masuk sekolah asrama aliran agama. Sekolah Agama Matang 2. di situ aku menghabiskan 2 tahun dari masa remaja aku. duduk di bumi Sarawak banyak meninggalkan kenangan buat aku. ada yang manis. ada yang pahit namun apa yang berlaku benar2 mendewasakan aku.
Pertama kali, mendaftar aku memang mengalami kejutan budaya. lebih kepada kejutan bahasa sebenarnya. sepatah haram pun aku tak faham apa yang dituturkan oleh rakan sarawakku. aku tak pernah mengalami tekanan yang sehebat ini. mujurlah ketika itu, adalah seorang 2 kawanku di sekolah rendah ada bersama. mereka ini juga orang semenanjung. jadi di situ, kami membina komuniti kami sendiri.
Aku ni tidaklah secantik mana. tidaklah sepopular mana. namun apabila aku di sekolah itu, aku menjadi antara orang yang paling terkenal di sekolah. hanya kerana aku orang semenanjung. hanya aku bertutur pekat dengan loghat utaraku. jangan kata loghat, bercakap dalam bahasa Melayu yang betul sudah mula dipandang2. kawanku yg seorang berasal dari alor setar. jadi anda boleh bayangkan bagaimana kedah bertemu p.pinang bile bercakap.
Di mana-mana apabila aku berjalan akan kedengaran bisikan dan mata yang kerap kali mengekori langkahku. ayat seperti ' orang malaya, orang tanah melayu dan lepeh sering silih berganti.' Pertama kali mendengar, hati aku terusik juga. Macam berada di bumi asing walaupun Sarawak juga dalam Malaysia. tetapi lama kelamaan, aku jadi magli. aku senyum bila dipanggil begitu. aku anggap semua itu hanya gurauan. dan selepas itu, bila dipanggil lepeh, aku sudah boleh tersenyum.
Aku tidak kata kawan sarawak aku teruk. tidak. malah mereka baik sekali. sedikit sebanyak aku mula mempelajari bahasa mereka. walaupun tidak fasih namun aku seronok dapat belajar sesuatu yg baru. sehingga sekarang aku masih ingat lagi beberapa perkataan yang aku belajar.
Pertama kali aku tahu apa maknanya LEPEH, aku ketawa besar. dan anda ingin tahu apa maknanya?
LEPEH = LIPAS
Kami dipanggil begitu kerana kebanyakkan budak semenanjung di situ adalah anak tentera yang sering berpindah randah. sesuai sekali macam lipas yang gemar merayap, gelaran tu diberikan kepada aku dan teman. hahahah...ada ka patut...

Monday, January 01, 2007

Sudah Terbit!!!




Tahniah kepada sahabatku Linda. Akhirnya naskah ini berada dalam genggaman. segala jerih perih terbalas jua dengan tercetaknya novel pertama beliau. Semoga selepas ini dapat menghasilkan karya yang lebih bermutu dan bestseller. aku menanti buah tangan terbarumu.

NOVEL TERBARU 'BILA BENAR CINTA'
SEDANG MENEMUI ANDA DI PASARAN SEKARANG!

KALI ini anda akan disajikan dengan sebuah lagi karya terbaru daripada penulis yang baru mencipta nama iaitu Lynn Dayana dengan novel Jika Benar Cinta. Novel ini boleh anda peroleh di kedai-kedai buku sekarang.

Mengisahkan seorang gadis yang sentiasa malang bila bercinta dengan jejaka yang berjaya mencuit hatinya. Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyi terkenang-kenang.


Gila! Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka. Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

Ingin tahu kisah selanjut, sila dapatkan novel Jika Benar Cinta di pasaran.

Selamat Membaca!

Tajuk: Jika Benar Cinta
Harga: RM18.00
Halaman: 492

Tahun Baru

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. sesungguhnya tahun ini benar-benar menguji aku apa itu pengorbanan dan kesabaran yang sebenar-benarnya. Aku amat bersyukur kerana masih mampu tabah dan cekal menghadapi semua ini. Semoga kehadiran 2007 juga mampu menjanjikan kenangan yang lebih manis, lebih beerti untuk kita semua. Kerana tiada apa yang lebih membahagiakan selain dari mendapat apa yang kita inginkan. Semoga berjaya untuk kita semua. semoga berjaya untuk aku juga...
p/s : untuk abang long dan pokcik mersik, terima kasih atas kata semangat dan dorongan. kalian akan sentiasa kekal dalam ingatan.