Sunday, December 24, 2006

bye2 utk seketika



Assalamualaikum...
Aku hanya mahu memberitahu yang mulai isnin ( 25hb) - selasa 2hb jan 2007, aku akan tidak akan online dan post apa-apa n3. ini kerana aku akan bertolak ke Alor Setar sebaik sahaja program Galakguna aku selesai. Sehingga n3 ini ditulis, ayah masih lagi berada dalam bilik pembedahan. Aku tidak dapat berada di sisi ayah kerana tanggungjawab aku di sini belum selesai. Doa dan harapan aku, agar ayah berjaya dalam pembedahannya kali ini. seperti luasnya padang yang terbentang dengan hamparan hijau ini, begitulah luasnya harapan aku agar ayah segera sembuh.
Dan moga2 esok program aku turut berjalan dengan lancar.

Thursday, December 21, 2006

cerita lama

Berbicara mengenai ayah, aku tidak boleh melupakan emak. Emak yang cekal. Emak yang tabah. Walaupun kecil namun kekuatan emak bagaikan Badang setelah makan muntah hantu. Bagaikan popeye dengan bayamnya. Berbanding dengan ayah, penderitaan emak lebih lama. Seingat aku semenjak aku masih kecil lagi pelbagai penyakit singgah dalam hidup emak. Dulu emak selalu batuk-batuk. Tak boleh penat. Kalau penat emak sukar bernafas. Bermacam ubat yang mak makan namun doktor tidak dapat menentukan apa penyakit sebenar mak. Bila dibawa berubat tradisional, dikatakan mak terkena buatan orang. Aku sendiri tidak tahu mana satu yang betul. Tetapi pernah juga kami adik beradik lihat kesan rawatan bomoh pada mak. Mak muntah hampir satu baldi. Keluar air warna biru dan hijau. Tubuh mak lembik selembiknya. Muntah mak, ayah tadah dengan tangan. Ayah jaga mak sampai mak benar-benar sembuh. Namun, hari demi hari, berbelas tahun berlalu, penyakit mak jadi sembuh sendiri. Walau tidak sepenuhnya, namun mak jarang sakit2 macam dulu lagi.

Sekarang mak pula menjaga ayah. 24 jam mak berada di sisi ayah. Selama mana ayah di hospital, selama itulah mak setia menanti. Kami sudah puas memujuk mak untuk bergilir menjaga ayah namun mak hanya menggeleng. Paling2 mak akan cakap daripada asyik risaukan ayah di rumah, lebih baik dia menemani ayah. Puas memujuk, kami pasrah. Kalau mak nak jaga, kami terpaksa merelakan. Degil mak tak siapa boleh lawan.hihihi.

Dulu, pada tahun 1985, ayah terpaksa bertugas di Amerika selama setahun. Mak tak mau ikut. Mungkin kerana mak tidak mahu melahirkan adik di sana kerana masa tu mak sedang mengandung. Lagipun mak memang alah dengan kesejukkan. Mahu tak mahu, ayah terpaksa pergi seorang. Hendak menolak memang tidak boleh. Jadi tinggallah kami 5 beradik dengan mak. Masa mengandungkan adik yang keenam, mak kena darah tinggi dan ditahan di hospital. Agak lama juga mak di sana. Tanggungjawab diambil oleh kakak aku yang sulung. Walaupun baru berusia 11 tahun namun aku tidak pernah melihat budak yang bertanggungjawab seperti kakak aku ini. Sepanjang mak di hospital, dialah mak dan dialah ayah kami.

Dugaan kami bertambah pula apabila aku dan kakak ke 2 aku mengalami kemalangan. Trak yang kami naiki untuk ke sekolah terbalik. Kemalangan itu meragut seorang nyawa. Dia meninggal apabila trak tersebut jatuh ke atasnya. Kalau ada sesiapa ingat, berita mengenai kemalangan ini ada masuk di dalam akhbar Utusan Malaysia. Memang kecoh. Ayah ada di luar negara. Mak kat hospital. 2 orang anak kemalangan. Doktor tak mahu beritahu mak pasal kemalangan kami. Dengan darah yang tinggi, doktor takut mak tak boleh menerima kenyataan. Tetapi akhirnya doktor beritahu juga bila mak mengesyaki ada sesuatu yang tak kena. Hmmm..apa lagi, berjejak kasih kami kat hospital hari itu. Kakak aku agak teruk. Kelopak mata dia terkoyak. Kena jahit tanpa bius lak tu. Habis doktor kena terajang dengan dia. Aku…? Aku pengsan selepas kemalangan. Hanya sedar apabila bantuan tiba untuk mengeluarkan mangsa. Selepas setahun baru ayah balik. Bukan tak nak balik tapi tak boleh balik. Biasalah kalau berkhidmat dalam tentera ni. Selagi tak ada mati2 jangan harap boleh balik. Pihak tentera yang datang melawat memang banyak. Sebab tu ayah tak boleh balik sebab anak2 dia stabil.

Motif aku bercerita tentang perkara ni bukan apa, cuma sejak dulu lagi keluarga kami menghadapi begitu banyak dugaan. Terlalu banyak. Kalau boleh aku ungkap satu persatu, mesti korang hairan, nape banyak cerita sedih saja.hihihihi. Aku tahu Allah tak akan menduga kalau Dia tidak yakin kami sekeluarga boleh menghadapinya. Sekarang ini kami berpegang pada iman. Syukurlah ikatan keluarga kami kukuh. Memang sejak dulu lagi antara kami memang akrab. Sebab itulah segala kesedihan dan kekecewaan dapat kami harungi dengan tabah. Kerana kami tahu, kami tidak keseorangan. Kasih sayang kami jitu. Benar kata Hamka, “cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Wednesday, December 20, 2006

Diduga lagi...

Tadi pukul 11am aku sampai dari Alor Setar. semalam setelah 10 hari ayah admitted kat Hospital Taiping, akhirnya ayah dibawa ke Hospital Alor Setar pula. hasil dari CT scan yang dijalankan, confirm kanser ayah kembali merebak semula. Setelah 4 tahun ayah bebas dari penyakit itu, nampaknya keresahan kembali menghantui kami sekeluarga. Walaupun agak payah untuk aku berulang ke sana selalu namun aku rasa lega sedikit kerana pakar yang merawat ayah aku dulu ada di sana, dan dialah yang meminta supaya ayah dipindahkan agar lebih mudah dia nak monitor keadaan ayah. dan untung juga, kakak sulungku tinggal di sana. jadi soal penginapan tiada masalah untuk kami.
10 hari di Taiping, bagaikan menunggu buah yang tidak gugur. bagaikan menunggu ayam jantan bertelur. 10 hari yang menghampakan. ayah hanya terlantar di atas katil tanpa berbuat apa-apa. kami lebih banyak bersoal dengan jururawat daripada doktor yang buat check up setiap hari. aku pun tidak tahu kenapa payah sangat untuk mereka bertindak dan memberi jawapan kepada persoalan kami. aku tengok keadaan ayah aku pun dah tahu penyakit ayah aku ini melibatkan bahagian dalaman. aku tahu kerana ayah mengalami simptom yang serupa dahulu. tetapi kami hanya diam. hanya bercakap sesama sendiri. sedangkan menunggu doktor....hmmm agaknya kalau doktor Mani tak suruh ayah dihantar ke Alor Setar nampaknya makin bertambah lama ayah terlantar tanpa ada rawatan selanjutnya. paling kerap pun di hospital taiping ni hanya memberi painkillers untuk ayah sahaja.
Aku bukan mahu mengutuk, tetapi keadaan sungguh berbeza apabila ayah berada di HAS. Doktor kerap berinteraksi dengan kami. tanya history ayah sebelum ni. tanya bermacam2 sehingga menimbulkan harapan pada kami. sekurang-kurangnya kami tahu ada orang yang mengambil berat. semalam buat pertama kali selama lebih 10 hari, demam ayah kebah. badannya tak panas lagi. malah ayah sudah boleh duduk bersembang dengan kami. malah bila mak suap makan pun, ayah tidak menolak. berbeza sekali dengan keadaan ayah dulu.
dan kami adik beradik hanya mampu memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi. walaupun perjalanan ayah masih panjang namun kami dapat melihat mentari di balik awan yang mendung. hujan yang turun, walaupun masih belum berhenti, tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda akan reda.
kalau badan ayah kuat dan stabil, ayah akan menjalani operation minggu depan. pembedahan tidak akan berlaku kalau tekanan darah ayah rendah dan lemah. itu kata Dr. Mani, lelaki yang sanggup pulang dari Australia semata-mata mahu mengambil kes ayah.
Aku teringat kata2 Dr Mani dulu, Make sure pakcik pantang makan. segala yang terbang, berenang, merangkak, pakcik tak boleh makan. kalau tak pantang saya takut 3 / 4 tahun lagi ia akan berulang. dan tahun ini merupakan tahun ke 4 ayah bebas dari kanser dan ayah hanya berpantang seketika sahaja.
Selepas ini, aku akan pastikan ayah makan sayur2 sahaja. kalau kami adik beradik kena makan sayur juga, tak apa. aku akan cuba walaupun payah. tetapi biarlah ini kali terakhir kami melihat penderitaan ayah. kami belum cukup tabah untuk menerima dugaan ini lagi...
Ya ALLAH, Kau makbulkan doa kami semua. selamatkanlah ayah...

Saturday, December 16, 2006

lotih la...

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Walaupun bulan 12 semakin tiba di penghujungnya namun aku menerima tugas yang tidak kurang pentingnya sebagai penutup program galakguna tahun 2006.
Kalau diikutkan rancangan, aku sepatutnya ke Cherating pada 22-24 Dis ini bersama kawan-kawan di UPSI. mereka menjemput aku untuk turut serta dalam family day ini. walaupun aku bukan lagi menjadi keluarga perpustakaan UPSI namun hati ini terasa kembang kuncup jugalah apabila mereka mengajak aku pergi bersama. aku dah siap confirm bila mereka call.
tup..tup satu hari tu aku dipanggil meeting di Perpustakaan cawangan. Siap peg pemantau tu cakap; " saya tak tahu sama ada ini berita baik atau buruk untuk kamu yang bertugas di Perpustakaan projek khas PNM...kamu dapat RM1250. kamu kena buat program galak guna. tetapi utk mdapatkan duit itu kamu kena buat dalam bulan ini juga."
dengar2 dapat duit tu, aku mmg excited giler...maklumlah proposal nak buat aktiviti susah nak lulus bajet...ni tak mintak tiba2 nak kasi duit lak...
masa tu bunyi macam langau sekejaplah. masa tu ada 7 buah perpustakaan projek Khas. nak tak nak kami berkumpul berbincang nak buat aktiviti apa. nak share buat projek tak boleh kerana setiap lib dapat peruntukan sendiri. jadi terpaksalah projek ni menjadi projek one woman show....hihihi
selalunya kat UPSI, aku jadi ajk jer..la ni aku jadi pengarah projek dan pembantu aku ialah penduduk setempat. kah..kah..rasa macam apprenticelah pulak. kali ni tanggungjawab aku mmg besar. mana nak plan aktiviti, nak plan bajet, nak fikir lojistik lagi, penyertaan lagi...fuh...tapi aku seronok kerana dalam hal ini, akulah yang perlu membuat keputusan...
dan akibat dari inilah, aku terpaksa melupakan hasratku untuk bergumbira di Cherating. hampa sungguh aku. rindu sangat dengan member2 kat sana. ala...melepas naik banana boat lagi....isk isk....

Wednesday, December 13, 2006

SUDAH TERBIT!!!



Tahniah kepada sahabatku HASLINA KAMALUDDIN di atas penerbitan novel pertamanya ASMARA ASRAMA...terbitan Creative Enterprise. harapanku, novelnya ini bisa mengeletek dan menghiburkan semua pembaca2 di luar sana. tentu sekali biar sales nya meletop2 supaya nanti aku boleh tuntut belanja darinya...hihihii
KEPADA ANDA DILUAR SANA...JANGAN LUPA DAPATKAN NOVEL INI DIPASARAN 15 DIS 2006...BELI JANGAN TAK BELI!!!

Monday, December 11, 2006

Luahan satu jiwa yg kacau

Mungkin ada yang perasan, atau mungkin juga tidak, aku menyepi kebelakangan ini. dah lama rasanya aku tidak menulis n3 baru. memang, kebelakangan ni aku macam patah semangat aje. jiwa aku rapuh macam kayu kena makan anai-anai. aku cuba untuk tidak menghiraukan semua ini namun dalam lena, dalam jaga hati aku tetap merusuh. aku tidak boleh buat tak tahu. aku tak boleh berlagak selamba bagai tiada apa yang berlaku. aku tidak boleh ketawa bahagia sedangkan jiwa aku terluka. aku tidak pandai menyembunyikan perasaan aku. ya aku akui. aku sedih sekarang ni. aku hilang semangat dan kekuatan diri. aku takut aku tidak setabah dulu. aku takut aku tergolong dalam himpunan orang yang putus asa. aku tidak pernah meminta itu tetapi hari demi hari aku makin terlontar jauh dan aku makin lemas dalam kekacauan jiwa aku sendiri. ah...ada masanya aku seperti mahu menutup mata dan mempersetankan hal yang berlaku disekelilingku. ada masanya aku rebah sebelum sempat aku membuka langkah untuk berjuang. ada masanya pedang yang aku hulurkan untuk mempertahankan diri menikam aku sendiri. ah...aku tidak sanggup merasai perasaan ini lagi. Ya ALLAH, sekali lagi aku menjadi umatMu yang berdosa...

Thursday, December 07, 2006

Selamat Hari Lahir EMAK

Kepada Bonda tercinta, HJH RAMLAH HJ BAKAR,
aku mengucapkan selamat menyambut Hari Lahir ke 56. Doa tulus kasih dan harapan akan selalu aku titipkan buatmu...semoga emak berbahagia selalu....Aminn...