Posts

Showing posts from September, 2006

cian kat pokcik....

Semalam aku dan akak aku bukak blog pokcik mersik. saja dah lama tak tinggal jejak walaupun hari2 aku akan jengah. mengekek aku n akak aku ketawa bila baca n3 pokcik tentang kempunan makan popia goreng bersalut sambal. lahai...sampai tahap kronik betullah pokcik mersik ni. bila baca tu, kesian jer dengar. macam kempunan sangat. sampai nak p batu belah batu bertangkup. nasib baik batu tu amik anak dara cun dan mak janda vogue aje. kalau dia makan pokcik sah batu tu kenyang setahun..hahahhaha...jangan mare pokcik...gurau jer. daripada pokcik dok berjalan ke hulu ke hilir nak cari popia baik pokcik abiskan masa tu belajar buat kuih. haha...bila2 boleh makan. lagi satu pokcik boleh make sure bazar ramadan shah alam tak kehabisan popia goreng..haha. bila dah posa ni macam2 keinginan. keinginan pokcik di bulan ramadan ni popia goreng...er betul ker...ntah2 masa bulan lain gaya pokcik cari popia goreng smaa jer tak....hihiihi aku pulak, lebih suka makan popia basah. menu wajib setiap kali buk…

satu nasihat

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda mahu
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.
KELIMA
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya
KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda …

menjengah kembali....

Assalamualaikum,

Hari ni berlalu agak slow sikit bagi aku. ntah mengapa tiba-tiba sakit kepala aku datang menjengah. selalunya bila sakit aku telan pil and restkan mata sekejap. tapi bila dah posa ni...aku hanya lelap seketika untuk mengurangkan kesakitan. dah lebih 2 minggu aku tak sakit kepala. adakah mungkin panggilan dari seseorang yang aku terima pagi tadi menyebabkan sakit kepalaku datang? hmmm...boleh jadi juga. aku tak nak cerita tentang perkara ini. alamat bertambah nak meletuplah kepala ku.

aku nak kembali kepada memori lama. cewah...biasalah bila bulan posa n nak dekat raya ni selalunya memang melankolik sket.sebelum aku duduk di taiping, aku pernah menetap di sarawak dan negeri sembilan. masa di sarawak selama 3 tahun memang kami tak pernah balik. yang balik cuma ayah seorang. aku duduk di kem penrissen, so bila hari raya je memang meriah. selalunya komuniti dari semenanjung akan berkumpul. masing2 akan buat rumah terbuka. rumah aku memang setiap tahun buat rumah terbuka. an…

Ucapan untuk semua

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGHADAPI BULAM MULIA INI DENGAN PENUH KEBERKATAN. MUDAH-MUDAHAN BULAN INI AKAN MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA DAN MAMPU MENDIDIK KITA UNTUK MENJADI UMAT YANG LEBIH BERTAKWA....

A-Z FRIENDSHIP

Aku terima dari adik aku...memang menarik. just click the word....

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

LAWAK....

One morning the husband returns after several hours of fishing and decides to take a nap. Although not familiar with the lake, the wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, and reads her book. Along comes a Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says, "Good morning, Ma'am. What are you doing?" "Reading a book," she replies, (thinking, "Isn't that obvious?") "You're in a Restricted Fishing Area," he informs her. "I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading." "Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up." "If you do that, I'll have to charge you with sexual assault," says the woman. "But I haven't even touched you," says the game warden. "That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any …

Tulih la apa pun......

Assalamualaikum semua, Memang agak lama aku tidak mencoret sesuatu di sini. Alhamdulillah, setelah 2 minggu, kursus aku tamat juga. di dalam n3 sebelum ini aku ada mencoretkan sesuatu mengenai interview kerja dan sukacitanya aku berjaya dalam interview tersebut. tahniah kepada diri aku sendiri. jadi, kursus ini merupakan satu latihan kepada aku sebelum bertukar tempat kerja. Bermula 1 oktober ini aku tidak lagi berkerja di perpustakaan UPSI tetapi aku meneruskan karier ( cewah) di sebuah Perpustakaan di hometown aku sendiri. wah...balik duduk dengak mak n ayah...manyak syiokkk....tak sabar rasanya menunggu detik itu. Sepatutnya aku terpaksa melapor diri pada 4 sept yang lalu namun surat panggilannya baru dapat dan aku sendiri berkampung di Port Dickson. so aku mengambil keputusan untuk melapor pada bulan depan. lagipun lebih senang aku nak menyerahkan tugas. dahlah dipanggil kursus dalam keadaan very short notice tak kan aku nak berenti kerja dalam tergesa2 gak kan?nanti tak pasal-pasa…

I'm Back.......

Assalamualaikum..........
SAYA DAH KEMBALI!!!!!!

Mencuri sedikit masa

Assalamualaikum,


Baru 5 hari berlalu tanpa aku mencoretkan apa-apa dalam blog ini. Walaupun hanya 5 hari tetapi entah mengapa masa berlalu begitu lama sekali. Rasanya tidak sabar aku menanti sehingga 20hb. jadual kursus memang pack habis. cuma hari ini aku mempunyai kelapangan untuk mencoret sesuatu. lagipun perkhidmatan internet di sini amat mahal. aku terpaksa membeli prepaid wireless internet access yang disediakan oleh pihak hotel. harga bagi prepaid ini ialah RM10 bagi penggunaan selama 2 jam. Mahal kan? tapi tak pelah...hanya sekali ini saje aku beli. berita selebihnya terpaksa aku ketahui selepas abis kursus. ataupun bila ada masa dan kelapangan, aku akan pergi ke bandar untuk mencari cc yang lebih munasabah harganya.... Di sini, malam ahad agak havoc dengan pelbagai acara yang disediakan oleh pihak hotel. kebanyakkan pengunjung dari luar turut sama menjamu selera di sini. kadang kala suasana agak membingitkan kerana masing2 mahu memasang lagu2 kegemaran sendiri. di sebelah malam…

Pengumuman Rasmi

Kengkawan sekalian!!!!
Dukacita saya ingin mengumumkan yang saya tidak dapat bersama anda semua bermula esok sehingga 20hb September kerana berkursus....Sudah pasti anda semua akan merindui saya, jadi sepanjang masa itu saya akan cuba mengambil segala masa yang terluang untuk mencari jalan agar dapat post sesuatu dalam blog ini. Sepanjang ketiadaan saya, ceria-ceriakanlah hari anda..ok....ahaks....
adios...
asta la vista babe....

Aku......

Teringin.... 1. Bungee Jumping 2. River Rafting 3. scuba Diving/snorkeling 4. Berenang di laut dalam. 5. Sky Diving 6. Menaiki semua roller coaster yang tercanggih/mendebarkan di seluruh dunia. 7. Naik kuda - memecut laju di kawasan padang yang sangat luas. 8. Dating dengan Wentworth Miller.

Alangkah BESTNYA kalau....

1. Aku reti melukis.(satu garisan lurus pun tak mampu buat tanpa pembaris) 2. Pandai main piano (nak lawan richard clayderman) 3. Penulis Novel yang banyak peminat(huwahhh) 4. Pandai baca Al-QURAN dengan taranum, tajwid dan etc dengan sempurna(boleh aku rakam n dengar suara aku sendiri...hahhah) 5.Aku banyak duit(boleh shopping buku banyak2) 6.Pandai berenang dan bukannya hanya tahu menyelam.... 7. Wentworth Millier tu husband aku...(ahaks...)

apa-apa jelah

Hari ni jugak member aku datang jumpa aku untuk mengambil manuskrip yang telah diserahkan pada aku jumaat sebelumnya. kawan aku ni bakal novelis. dia kini aktif menulis. dan insyallah novelnya bakal di terbitkan tahun depan oleh Creative enterprise. hmmm mendengar nasib yang baik membuatkan aku terfikir, bila pulak rezeki aku nak tiba macam dia. aku sangat terharu apabila dia sudi memberi peluang kepada aku untuk membaca manuskripnya. Aku ni bukanlah pandai nak mengomen karya orang tapi aku ni memang suka membaca. so, sebagai pembaca mungkin aku boleh bagi serba sedikit idea yang boleh digunakan untuk mencantikkan karyanya lagi. aku mengharapkan yang terbaik untuknya. juga untuk seorang lagi kawan aku yang turut dalam situasi yang sama. doa aku semoga segala usaha dan doa kita dimakbulkan. menjadi seorang penulis tidak mudah rupanya. semasa mendengar penerangan en. norden kebanyakkan manuskrip yang sampai ke tangan mereka terpaksa ditolak kerana tidak mencukupi kriteria yang diperlukan…

lawatan

Rabu 30/8/06 hari tu, aku bersama-sama ahli kelab alaf 21fc berjaya juga mengadakan perjumpaan dan menunaikan hasrat kami untuk melawat ke Karangkraf dan Alaf 21. aku memang excited walaupun ini merupakan kali kedua aku ke sana. kami telah sepakat untuk berkumpul di pintu masuk Karangkraf pada pukul 8.30. aku pergi dengan menaiki bus. memang agak payah untuk sampai tepat pada masanya. mujur kakak aku nak ke upm hari tu dan dia hantar aku sampai ke komuter serdang. jadi bertolaklah kami pada pukul 6.15 pagi. itupun sudah terlewat kerana kakak aku bercadang mahu menghantar aku ke kl sentral. kami terpaksa bertolak awal sebab dia pun tak berapa confident jalan mana nak ikut. di sebabkan bangun lewat aku terpaksa mengikut kakak aku ke serdang. dia ada kelas pukul 8. so, memang tak sempat nak antar aku ke mana-mana. aku naik komuter kat serdang. cuak jugak aku. aku ingatkan jalannya terus ke shah alam. rupanya kena tukar tren dekat kl sentral. ceh...kalau tahu, baik aku suh akak aku antar …

PadaMu Jua....

Habis kikis segala cintaku hilang terbang pulang kembali aku padamu seperti dahulu Kaulah kandil kemerlap pelita jendela di malam gelap melambai pulang perlahan sabar, setia selalu. Satu kekasihku aku manusia rindu rasa, rindu rupa. Di mana engkau rupa tiada, suara sayup hanya kata merangkai hati Engkau cemburu engkau ganas mangsa aku dalam cakarmu bertukar tangkap dengan lepas Nanar aku, gila sasar sayang berulang padamu jua engkau pelik menarik ingin serupa dara di balik tirai Kasihmu sunyi menunggu seorang diri lalu waktu - bukan giliranku mati hari - bukan kawanku... - Amir Hamzah - Berikut merupakan antara puisi kesukaan aku. dan aku juga menggunakan tajuk puisi ini sebagai title blog aku. kalau sesiapa yang familiar dengan puisi Amir Hamzah pasti tahu apa yang aku maksudkan. bahasanya puitis dan meruntun jiwa. setengah orang mungkin menganggap bahawa semua karya Amir Hamzah banyak bertemakan cinta. ya memang benar. sajak dan puisinya penuh dengan cinta dan memuja sang kekasih. tetapi kekasih yang d…