Tuesday, August 29, 2006

lawatan

Lawatan ke Karangkraf : ESOK!!!!

Pejam celik, pejam celik nampaknya sudah sampai pada kemuncak lawatan. jangan lupa sesiapa yang telah terpilih untuk mengikuti lawatan ke KARANGKRAF esok, sila ambil perhatian di atas beberapa perkara di bawah;

1. Pastikan anda datang tepat pada masanya iaitu pada atau sebelum 8.30 pagi. Taklimat akan bermula pada pukul 8.45 pg.

2. Abg Long akan menunggu anda semua di pintu pagar Karangkraf seawal pukul 8.00 pg. Lagipun kawasan sekitar seksyen 15 itu amat sibuk diwaktu pagi. lagi awal lagi bagus. Ini untuk memudahkan AJK mengenali anda dan mengesahkan kedatangan. Dari itu, kerjasama anda semua amat2lah dihargai.

3. Selepas itu kita kan mengikuti program2 yang diaturkan oleh pihak Karangkraf. Dalam masa yang sama kita akan berpeluang untuk ke kedai buku dan bertemu novelis yang bertugas di sana.

4. Diharap segala urusan anda akan dipermudahkan. semoga kita semua akan mendapat manfaat dari lawatan ini selain maklumat2 yang berguna.

JUMPA ANDA DI SANA......

Monday, August 28, 2006

emosi....

2 minggu ni, emosi aku tak berapa nak stabil. di balik kegembiraan aku menerima panggilan interview, aku menerima khabar buruk. ayah aku di masukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan hari itu juga. trauma sekejap aku menerima sms dari ayah.(masa tu dia menemani emak yang ada appoinment dengan doktor). peristiwa 5 tahun dulu mula mengamit ingatan aku. dahulu pada tahun 2001, ayah dimasukkan ke hospital kerana mengidap kanser pankreas.
kali ini walaupun penyakit ayah tidak seteruk dulu, namun kegelisahan tetap tidak hilang dari jiwa aku dan adik beradik aku. perkataan hospital sesungguhnya bukan satu perkataan yang menjadi favourite kami adik beradik.
Penat...memang penat. penat tenaga aku tak kisah tetapi kalau penat jiwa bagaimana nak mengubatinya. masa tu hanya aku seorang berada di rumah. mak kat hospital dengan ayah. adik bongsu aku ada kelas tambahan. adik beradik yang lain belum tahu lagi. bila ayah text dengan aku, aku terima berita itu dengan tenang. macam tak ada apa-apa yang berlaku. aku teruskan kerja aku membasuh kain. mengemas rumah. membasuh pinggan, menyidai kain. pendek kata, pagi itu aku menjadi seorang suri rumah yang sejati. aku buat kerja tanpa memikirkan ayah yang berada di hospital. aku tak mahu berfikir. kerana kalau aku duduk diam tanpa berbuat apa-apa, aku akan menangis. aku akan menjadi lemah. aku akan mula fikir yang bukan-bukan. itulah yang aku tak mahu lakukan. kalau aku menunjukkan kesedihan aku, bagaimana dengan ayah yang terpaksa melalui semua ini? bagaimana mahu meredakan kebimbangan ayah. ayah memang tak tunjuk dia takut. tapi hatinya dan perasaannya siapa yang tahu. betapa berat mata memandang, berat lagi kesakitan yang terpaksa ayah pikul.
aku call adik beradik aku yang lain. seperti biasa, reaksi mereka sudah aku duga. jenuh juga aku mahu menjawab segala pertanyaan dan menenangkan mereka. dan malamnya, pukul hampir pukul 3 pagi kakak, adik lelaki aku dengan familynya tiba di rumah. sebelum itu, adik lelaki aku yang berada di p.pinang tiba. aku tak tahu berapa laju dia bawak kereta kerana terasa baru sahaja dia call tanya di mana wad ayah dan tup..tup dia sampai. kakak aku di alor setar tiba keesokannya. adik aku di usm hanya boleh balik pada hari khamis kerana dia ada test. riuh rendah bilik ayah aku dengan kami. nasib baik bilik ayah aku hanya menempatkan 2 orang sahaja.
hubungan kami sekeluraga memang cukup rapat. ayah pun mungkin berasa seronok sedikit apabila semua anak-anaknya pulang. walaupun keadaannya terlantar di atas katil namun sekurang-kurangnya sakitnya akan terubat dengan kehadiran kami. sekurang-kurangnya dia tahu dia masih mempunyai seorang isteri dan 7 orang anak yang masih mengambil berat. dalam diam, aku yakin ayah merasa lega kerana anak-anaknya masih tidak melupakannya.
dan hari ini...ayah akan menghadapi pembedahan yang kedua. aku harap ayah akan cepat2 sembuh. aku doakan tiada masalah yang lebih besar lagi yang terpaksa ayah hadapi. aku harapkan ayah boleh keluar hospital tak lama lagi....

Thursday, August 17, 2006

Untuk Renungan Kita bersama

Menjawab 6 Soalan

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?


JAWAPAN
>>>Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al Ghozali bertanya....Soalan yang pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga...."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

SATU MESEJ

MATAN-MATAN KHULASAH UCAPAN DATO' SERI HJ. HARUSSANI, MUFTI NEGERI PERAK MENGENAI ISU MURTAD
Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui 6 peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam dalam negara ini. Taklimat berlangsung selama 4½ jam. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian, menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana Umat Islam Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina bt. Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah
Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan 3 hakim di Mahkamah Agung iaitu Y.A.A Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun di lihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada.
Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Canada , Australia dan AS pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersintak setelah saya melapurkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk. Gerakan Kristian Dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. Ini mengikut jangkaan Persatuan India Muslim. Bahkan mengikut lapuran pihak Polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang mMajlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbakistan dan China, walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim disamping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan. Serangan Aqidah Di malaysia Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran menjadikan saya lantang.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan Fakulti-Fakulti Islam di Universiti mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadkan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.
Di Indonesia Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di Universiti-Universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Inipun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia . Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysiapun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan di tukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan Mengenai Kes Pakai Serban Ini ada lapurannya dalam semua akhbar. Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Peranan Masjid Allah jadikan sembahyang berjemaah 5 waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang dihindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.
Harapan Kepada Siapa? Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, Al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim. Allah S.W.T berfirman: "Kami wariskan Al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)." Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T. Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan. Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam.
Anual Bakhri Haron S/U Menteri Besar Kelantan Bertarikh : 15 Rejab 1427

ntahlah....

Hehe...minggu ni aku nak balik kampung lagi. ayah call beberapa hari yang lepas kata aku dapat panggilan interview. sebelum ni aku ada mohon untuk bertukar tempat kerja. bukan aku tak seronok kerja dekat upsi. seronok memang seronok. aku rapat dengan semua officemate aku. kalau nanti aku kerja kat tempat lain pun mungkin agak mustahil aku akan dapat teman serapat mereka di upsi.
bila dah letak ganggang, aku diam sekejap. memikirkan keputusan apa yang akan aku ambil sekiranya aku berjaya dalam interview nanti. aku memang suka. dapat kerja kat hometown sendiri. duduk dengan parent. payah bayar sewa. makan pun mak masak.(ceh...tua bangka pun harap mak masak lagi). lagipun tempat kerja tu tersangatlah dekat dengan rumah aku. memikirkan perkara itu membuatkan aku bertambah seronok. tapi apabila memikirkan tugas yang bakal aku laksanakan mungkin membuatkan aku cuak sedikit.
aku ni sebenarnya lebih suka sibuk dari duduk relaks tanpa kerja. aku akan jadi rimas kalau tak ada kerja yang nak dibuat. duduk di perpustakaan upsi ni memang tak menang tangan. dengan tugas hakiki lagi, lain2 tugas yang diarahkan lagi.kadang2 aku kena ot jugak. memang sibuk terutama masa mula semester. yerlah...bila dah sentiasa sibuk aku takut aku akan jadi cepat bosan kalau aku berkerja di library yang lebih kecil.
apa yang membuatkan aku mahu menukar tempat kerja??? hmm..mungkin prospek kerja tak berapa bagus kat sini. aku ni ada degree tapi kerja sebagai support staff je. infact aku ada cerita dalam n3 sebelum ni mengenai nasib 2 orang kawan aku. hehe..nak merajuk jugak dengan upsi ni.
entahlah...biarlah kerja kat tempat kecil sekalipun. biar lengang sekalipun, tapi kalau itu yang dapat menjamin masa depan, aku redha. memang upsi yang bayar gaji aku. tapi rezeki ditangan tuhan.

Saturday, August 12, 2006

Mak n Ayah

Minggu ni aku balik kampung di Taiping. semasa aku menulis entri ini aku sudah pun berada di rumah parent aku. minggu ni hanya aku seorang yang balik. 2 orang adik aku yang berada di penang tidak balik kerana ada discussion group dan seorang lagi tidak dapat cuti. memang sunyi kerana selain dari mak n ayah hanya ada adik bongsu aku seorang. aah..tak kisahlah siapa yang balik ataupun tidak. yang penting matlamat aku nak melepaskan rindu kat keluarga tercapai.

Balik kali ni, aku menaiki keretapi. memang memenatkan. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 setengah jam dengan kereta menjadi hampir 6 jam. sudahlah keretapi tiba lewat. selalunya aku balik menaiki kereta dengan kakak aku yang turut sama berkerja di UPSI. tetapi minggu ini dia terpaksa berkursus di PD menyebabkan aku terpaksa balik sorang dan naik keretapi. hehehe..kakak aku tak bagi peluang kat aku langsung untuk guna kereta dia setelah aku meremukkan sebelah badan kereta ayah aku. for god's sake..that was 4 years ago. tak abis2 lagi nightmare dia.

So, tujuan sebenar aku bukanlah nak bercerita tentang kereta atau kebengangan aku terpaksa menunggu lama di stesen keretapi tetapi tentang pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. aku pun tak terfikir untuk menulis n3 ini tetapi setelah apa yang aku saksikan semalam cukup menginsafkan dan membuat aku terharu.

tiada apa yang berlaku sebenarnya. cuma masa keretapi berhenti di stesen kuala kangsar, aku melihat seorang budak perempuan naik dan duduk di depan aku. aku tidak menumpukan perhatian sangat kepada budak ini. tetapi lebih kepada sepasang suami isteri yang sedang memerhatikan sesuatu @ seseorang. pasangan ini menunggu / memandang sehingga anak mereka dapat tempat duduk. dan kemudian terus lagi menunggu sehingga keretapi perlahan-lahan meninggalkan stesen. mereka terus menunggu sehingga benr-benar berpuas hati yang keselamatan anak gadis mereka terjamin. waktu itu waktu menunjukkan pukul 3.15 pagi.

Aku tidak kenal pasangan itu. tetapi melihat mereka mengingatkan aku kepada orang tua aku sendiri. dulu, sewaktu aku bersekolah asrama, ke universiti dan sehingga aku bekerja kini pun mak dan ayah tetap seperti keberatan melepaskan aku pergi. pengorbanan seorang ayah dan ibu. sanggup menunggu anaknya. walau waktu sedang berganjak ke awal pagi. semalam ayah aku yang mengambil aku di stesen. bukan aku tidak boleh pulang menaiki teksi, tetapi ayah tidak membenarkan aku menaiki teksi. dia rela mengambil walau di mana dan pukul berapa sekalipun. Aku tidak mahu menyusahkannya. aku tidak mahu menganggu tidurnya. tetapi kalau itu sendiri kemahuan ayah. kalau itu yang boleh melegaka hatinya, aku rela. sebelum sampai aku sudah berpesan pada mak;
" Mak n ayah jangan datang dulu. tunggu check( ganti diri aku) call dulu. nanti tunggu lama. ketapi ni tak tentu masa." Mak aku hanya mengiyakan. tapi pukul 2 mak dah siap call tanya aku kat mana. aku kata lambat lagi aku nak sampai. tidurlah dulu. mak jawab, dia tak boleh tidur. begitulah selalunya yang berlaku kalau aku balik dengan menaiki keretapi. kalau dulu, bila aku cakap sampai pukul 3.30 pagi, pukul 3 mak n ayah dah siap menunggu. dah siap terpacak dekat stesen. ni satu lagi perangai mak n ayah aku. mereka terlebih punctual. sekarang bila saja aku balik, aku terpaksa berpesan. tunggu aku call baru datang. jangan datang. tak sampai hati aku melihat mak n ayah menunggu dalam waktu gelap dan cuaca yang sejuk. nasib baik mereka menerima cadangan aku. bukan sekali dua. malah berkali-kali mak n ayah terpaksa menunggu aku n adik beradik yang lain.

aku yakin,kebanyakkan ibu bapa akan bertindak serupa. macam semalam. aku lihat ada kebimbangan, pengharapan dan doa yang bertukar ganti di mimik wajah pasangan suami isteri itu. mana- mana ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. tak siapa yang mahu anak mereka menjadi seorang yang gagal dalam hidup. bagi anak yang mengenang jasa orang tua, syabas aku ucapkan. hargailah jasa ibu bapa kita. mereka hanya ada satu sahaja untuk kita. tiada 2. tiada 3. tiada siapa yang boleh mengantikan tempat mereka. alangkah malangnya mereka yang menyepi dari ibu bapa. yang memusuhi ibu bapa. yang tidak mengenangkan jasa ibu bapa.

aku pernah terbaca satu komen yang dibuat dalam sebuah blog. insan ini amat mengharapkan kematian kedua ibu bapanya dengan cepat supaya dia dapat mencapai keinginannya yang tidak dapat dilaksanakan selagi ibu bapanya masih hidup. betapa hancurnya hati dan remuk rendamnya hati aku membaca tulisan berkenaan. walapun mati itu pasti, aku masih tidak dapat membayangkan hidup aku nanti tanpa mak n ayah. sampai aku sendiri terfikir biarlah aku mati dulu sebelum mak n ayah kerana aku tidak mahu merasai kesedihan dan perasaan yang sendiri tidak dapat aku bayangkan. Ya Allah, walau di mana sahaja insan ini berada, aku mendoakan akan pintu hatinya terbuka untuk bertaubat. mungkin, ibu bapanya turut ada kesilapannya. ibu bapanya mungkin tidak sehebat ibu bapa yang lain. tapi, manusia mana yang sempurna. dan aku sekali-sekali tetap tidak dapat membayangkan pengharapan itu untuk orang tua aku. tidak pernah terlintas dalam hati aku.

Untuk insan ini, cuba bayangkan andai anda tahu yang suatu hari nanti anak anda mengharapkan begitu untuk anda. apa perasaan anda sekiranya anak anda tidak sabar menunggu hari kematian anda? tepuk dada...tanya iman....

Wednesday, August 09, 2006

Nauzubillah....

Assalamualaikum.............kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita...... kes hartina Moga kita semua jadikan
sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, adik2 kita,saudara2 seIslam kita....

Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun
1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat
menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd.
Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan
peristiwa tersebut.


Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab
peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu
banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat
dikembalikan kepada Islam.


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School
A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang
pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza
(17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang,
tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu
dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun.
Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai
kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan
bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya
setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami
tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".


Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya
kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.
Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang
Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di
Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk
kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di
Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari
situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal
berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di
Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut
hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik
kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat
pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu
pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci,
telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada
kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam
6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak
menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang
ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan,
saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat
keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah
lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung
pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru
kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik
saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin
memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan
surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang
mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah
menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah
tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa
saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak
mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang
zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa
mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya
sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki
India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di
Mambang di Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki
tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang
banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki
ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama
mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung
perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan
pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu
pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang
bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India
itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya
langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada
6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga
10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk
tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia
mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang
demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan
saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu
membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah
dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi
agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar
namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan
perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin
dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu
kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut
hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran
perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat
dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah
menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru
lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan
kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang
ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar
terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya
mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus
ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan
dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya
kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat
laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah
dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan
polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami
tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada
malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi
tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana
awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang
bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan
sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad
pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada
saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak
menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam
tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang
tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas
kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya
cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam
26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan
teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu
di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan
saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang
sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya
hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia
tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama
saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam
bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki
telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja
mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu
akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00
tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.


Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah
reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat
panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin
menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah
menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.


Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami
berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei
1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah
menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas
pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah
daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat
Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan
kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah
mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk
agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia
tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu
daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak
30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan
Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan
malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati
dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk
proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.Setelah
segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke
Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap
bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima
sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah
menculikisterinya.Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam
di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami
memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya
menetap di BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita
dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus
mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke
Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis
tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang
mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara
sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat
dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat
dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang
diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik
berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan
susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak
berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu
berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang
diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.
Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu
ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan
Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.
Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah
menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996
sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai
Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami
meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan
diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada
nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu
buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya
kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali
kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya
diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali
namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam
masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai
pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan
kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki
Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya
sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan.
Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes
ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan
bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya
saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya
melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh
kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya.
Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa",
saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu
berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika
itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah
membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk
memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil
anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri
Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali,
tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam
bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh
tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang
lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi
mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak
dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar
panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar
yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang
menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa
Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut
keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak
ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya
mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah
sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama
dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya
berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya
Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan
barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meterdihadapan
saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate
saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk
bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun,
seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk
menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk
mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang.
Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu
melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang
meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan
bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana
tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada
di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya
ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar
tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan
Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang
dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran
polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa
ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad
saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.


Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua
hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang,
Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang
rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan
senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin terhenti
seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00
seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya
masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung
dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina
dan rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah
menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh
perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran
terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun,
tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena
tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan
jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah
saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis
Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang
turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu
usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia
Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang
menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu
polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan
kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan
tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?
Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak
polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang
merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua
minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa
dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak
mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan
supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah
tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara
palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan
kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes.
Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami
sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih
bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya
harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa
Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul
persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya
yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah
An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang
dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak
dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah
menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada
rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah
caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina
kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam
agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak
memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui
atas perbuatannya itu.

Coping with anger when things come to a head - utk org macam aku



Anger. There's nothing nice about it. A few people enjoy it, some are addicted to it, but most people try to hide their anger, sometimes so completely and instinctively that they don't even feel it.

What if anger was a good thing? What if it, like the pain of a twisted ankle, was a signal that something is wrong?

Even for the rage-aholic, anger signals a real problem that needs to be addressed. Usually it's a sense of insecurity and shame that creates a need for the narcissistic, temporary power of going berserk. For that explosive moment, everyone gives you the focused attention you crave, and you feel better, your sense of unworthiness diminished - until that insecurity rises into consciousness again. Then the destructive cycle repeats. This type of anger is a signal that a healthy sense of self with boundaries needs to be developed.

And for those at the other end of the spectrum who try to hide their anger? Well, it may reappear in the form of depression, obsession with appearance, or an adherence to highly structured, rule-bound groups or activities. Again, it's a sign that someone's sense of self is diminished (that they're insecure), which requires acknowledging (followed by working to build self-worth).

Luckily, while you're in the process, there are some coping strategies:

Figure it out!
What's really eating you? Are you avoiding something? Hiding something? Afraid of abandonment? Not taking responsibility for your life? Deep down, you have an inkling of the problem, and the first step is recognizing it.

Is it worth it?
Sure, that car just cut you off in traffic, but is it worth getting in an accident, or fighting with a psychotic who's got road rage? Is it worth the energy it takes to be this angry over something that in the long view is insignificant? Ask yourself would you be angry if you knew that that car was racing to the hospital to get to their unconscious child? Is it possible to decide to be grateful that they didn't hit your car and focus instead on things that do matter?

Axe the adrenaline
You're at work, you're angry, your heart is pounding, your face is hot and your back is rigid. Now what? In many cases it's not a good idea to explode. If at all possible, remove yourself from the situation for 20 minutes, which is the amount of time it takes to recover from a surge of adrenaline. Go for a short walk, or go to the parking garage and practice deep breathing. Acknowledge that you're angry, note the reasons why, and weigh your possible responses.

Feel the power
When you're in a place where you can really experience your anger safely, rather than pushing it aside with a cigarette, a cocktail or a large piece of cake, sit with it. Feel it. Explore it. Enter it and stay with it. Don't think your way out of it, just be with it for a few minutes. This may well be the first time you've just sat in your anger since you were a child. Anger is just a feeling and given a bit of time and space, it changes -- then dissipates. Anger, truly experienced, can become the motivating energy for necessary change.

Be the change
Once you've taken the time to really experience your anger, it often follows that you know exactly what you need to do, or change, or work on to get to the cause of the anger. Use the power of your anger's energy to make a plan and act on it. Also, when you're sure that you're thinking clearly, examine the potential consequences of your actions. Try to choose what will truly benefit you over other perhaps more tempting actions, like revenge.

Stand in judgment
Now that you've moved through your anger, decided what needs to change, and how to make that happen, ask yourself how you handled all of these steps. What could you do differently? Giving yourself time to reflect allows you to develop ever-greater facility with anger and then a fuller, richer, more authentic life.

Kroni???

Minggu lepas jabatan aku kehilangan 2 orang staff. seorang dari unit pentadbiran dan seorang lagi dari customer service, unit aku. mereka ini merupakan kakitangan sambilan yang mana duit gaji mereka dibayar oleh pihak UPSI sendiri. walaupun sambilan mereka telah berkhidmat selama lebih 4 tahun di UPSI. pengalaman tok usah cakap lah, Tapi kenapa mereka dilepaskan juga. aku memang kecewa dengan keadaan yang berlaku di UPSI sekarang ni. terasa jurang antara pekerja sambilan dan tetap terasa begitu jauh. kerjanya sama banyak. malah lebih hebat lagi dari siapa yang tetap. mereka ini tidak mampu untuk buat kerja sambil lewa. kalau prestasi tidak elok, khidmat tidak akan disambung. sebab itu, nampak yang sambilan lebih hebat dari yang tetap. biasalah...dah dapt tetap dengan gomen ni memang payah nak diberentikan. kalau prestasi tak elok pun paling busuk pun kena tukar jabatan.
entah mengapa kes membuang pekerja semakin menjadi-jadi di sini. atas alasan apa, aku sendiri tidak pasti. boleh dikatakan sudah berpuluh-puluh support staff sambilan telah diberhentikan. banyak yang menuduh orang atasan membawa kroni2 mereka masuk. yelah...anak saudara, anak kawan, anak jiran kat kampung. sejauh mana kebenarannya aku tidak pasti namun, bukti memang jelas nampak. tapi, biasalah...dh kita orang yang menurut perintah, terpaksalah menerima apa yang berlaku. walau tidak berpuas hati tapi kepada siapa kami nak mengadu?
aku tak kisah kalau seseorang itu ditamatkan perkhidmatan atas alasan tidak memberi komitmen yang baik. sememangnya insan2 ini memang patut dinyahkan. tapi mereka yang aku kenal ini memang boleh membuat kerja. kalau tidak masakan kontrak disambung dari tahun ke tahun? dah tu pulah dah memang sah2 kami kekurangan staff. beban kerja semakin bertambah.
Pelik...memang pelik. mereka 'orang atasan' ini memberhentikan pekerja yang sudah bertahun2 bekerja, dan once pekerja ini diberhentikan mereka membuka iklan baru pulak. bukankah karut dan membazir dan menyusahkan. yang tinggal ini lah yang terpaksa mengajar insan2 yang tak tahu apa-apa itu membuat kerja. dan kalau boleh diajar tak mengapa jugak. inilah lebih baik tak ada dari ada.
kesian..memang kesian kepada mereka yang sambilan itu. kerajaan selalu menuduh graduan memilih kerja, tapi dekat upsi ni banyak contoh graduan yang hanya menjadi support staff sahaja. bertambah pulak sambilan lagi. mereka ini golongan yang tidak berkira tenaga. hanya mahu mencari rezeki membayar loan2 yang tak pernah nak habis. mereka ini hanya mahu membantu keluarga walaupun ada setengah itu gaji pencen bapanya 3x lebih tinggi dari gaji dia sendiri. mereka ini tidak berkira, tetapi kenapa nasib tidak menyebelahi mereka. mereka ini bukan mengharapkan pingat jasa atau pujian. cuma sedikit pembelaan dan harapan dari insan yang mengerti kesusahan mereka.
tersilap rupanya...ingat bekerja sambilan itu bermakna sudah masuk sebelah kaki.ingatkan senanglah diserap ke tetap sebab sudah berpengalaman. tetapi, rupanya sebelah kaki itu dicantas dengan kejam...dan tinggalkan mereka ini terkontang-kontag mengisi borang kerja dan menagih pada siapa yang simpati...

Tuesday, August 01, 2006

KIAMAT DAH DEKAT........???

Ter”sedar”……….sebentar....


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1
diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi� wanita" - Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di
muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysia pun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda� telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian� wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah� yg popular skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai�" - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN� LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:

"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."